PENJAGAAN GIGI BAYI – Bila Perlu Mula Memberus Gigi Bayi Anda?

Ingat lagi ketika umur berapa gigi bayi anda mula tumbuh?

Seawal usia berapa tahun anak anda mula memberus gigi?

Bila anda mula membawa anak anda untuk pemeriksaan gigi?

tips-penjagaan-gigi-bayi-berus-gigi

Apa yang anda tahu tentang penjagaan gigi bayi anda?

Gigi mula terbentuk didalam rahang bayi ketika lahir dan mula tumbuh keluar seawal umur 6 bulan

Sehingga umur 3 tahun, 20 set gigi primer (gigi susu) kanak-kanak telah tumbuh sepenuhnya

Manakala 32 set gigi sekunder (gigi kekal) kanak-kanak akan tumbuh ketika umur antara 6-16 tahun

tips-penjagaan-gigi-bayi-pertama-kali-tumbuh-gigi

Bayi banyak menggunakan mulut mereka untuk meneroka dunia sekeliling mereka.

Ini membuatkan kawasan mulut bayi mudah terdedah kepada jangkitan atau kerosakan.

Walaupun gigi susu akan diganti dengan gigi kekal yang akan tumbuh semula pada umur 6 tahun, namun penjagaan kedua-dua set gigi amat penting.

Ini bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi dan gusi yang boleh mengganggu pertumbuhan gigi kekal dikemudian hari nanti

Bila penjagaan gigi bayi patut bermula?

Penjagaan gigi bayi seharusnya bermula sebelum gigi tumbuh keluar.

Lebih penting jika bayi anda sudah mula diberi makanan dan susu formula

tips-penjagaan-gigi-bayi-cara-berus-gigi-bayi

tips-penjagaan-gigi-bayi

Memberus gigi bayi bukanlah semudah yang disangka.

Jadi, amat penting untuk ibubapa melakukan rutin penjagaan gigi dan mulut seawal mungkin supaya bayi sudah terbiasa dengan aktiviti harian ini dan tidak sukar untuk memberus gigi nanti.

Bagaimana cara penjagaan gigi bayi yang betul?

tips-penjagaan-gigi-bayi-berus-gigi-bayi
berus gigi bayi yang dijual di farmasi

Gunakan kain bersih lembut yang direndam dengan air suam.

Gunakan jari dan gosok didalam mulut bayi dengan lembut dan perlahan

Boleh juga dapatkan alat pembersih mulut bayi/ berus gigi bayi yang ada dijual di farmasi

 Berus gigi bayi minimum 2 kali sehari , terutamanya pada waktu pagi dan sebelum tidur

Berus lembut seluruh bahagian dalam mulut bayi. Bersihkan permukaan dalam gigi, luar gigi, bahagian tepi dan lidah bayi

Ada ubat gigi yang khusus untuk bayi. Namun, ibubapa juga tidak perlu menggunakan ubat gigi jika bimbang tidak selamat untuk bayi kecil

Ganti berus gigi sekiranya sudah rosak

 

 

tips-penjagaan-gigi-bayi-dentist-bayi
membersihkan gigi bayi menggunakan kain bersih

Aktiviti memberus gigi boleh dilakukan dengan cara;

1) Baringkan bayi, dan berus seluruh permukaan gigi perlahan-lahan, kemudian lapkan dengan kain bersih

2) Dudukkan bayi diatas lutut anda, dengan kepala bayi diletakkan diatas dada anda dan didongakkan sedikit, kemudian gosokkan gigi bayi secara lembut

tips-penjagaan-gigi-bayi-penting

Bila perlu bawa bayi anda berjumpa Doktor Gigi?

Adalah dicadangkan untuk membawa bayi anda berjumpa doktor gigi selepas 6 bulan gigi bayi tumbuh, atau apabila bayi berusia 1 tahun

Klinik kesihatan kerajaan ada menyediakan perkhidmatan pemerikasaan gigi bayi secara PERCUMA. Boleh cuba hubungi atau bertanya kepada jururawat ketika temujanji

Anda juga boleh juga bawa anak anda ke klinik-klinik gigi berbayar yang lain

tips-penjagaan-gigi-bayi-doktor-gigi-bayi

Tidak semua bayi suka berus gigi. Jadi ibubapa sentiasa perlu mencuba.

Perkenalkan rutin memberus gigi kepada bayi anda secara perlahan-lahan tetapi konsisten. Jadikan aktiviti memberus gigi ini menyeronokkan dan selesa

Semoga anak anda membesar dengan gigi yang cantik dan sihat! (:

tips-penjagaan-gigi-bayi-cara-berus-gigi-bayi

Sumber:

i.When your child is ill – A home guide for parents (British medical association)

ii.http://www.babycenter.com/

iii.http://www.nhs.uk/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *