RISAU ANAK ANDA BANYAK SANGAT MENONTON TV? cara ini mungkin boleh membantu

Media memberikan pengaruh yang besar terhadap pemikiran dan sikap kanak-kanak. Apa yang yang mereka lihat, itulah yang mereka tiru. Kadang-kadang tak perlu ajar menari dan menyanyi, tahu-tahu je terkedet-kedet mereka menari depan TV bila ada iklan atau rancangan yang mereka suka

Tapi masalahnya, tidak semua yang ditayang tu bagus, malah hari ini lebih banyak tidak sihat berbanding yang memberi manfaat.

Tambahan pula, anak-anak sekarang tidak perlu lagi berada di ruang tamu untuk menonton TV. Dengan smartfon dan tab dah boleh melayari internet, sehingga ada yang perlu pegang tab tengok Didi & Friends baru boleh makan nasi.

Menjadi kewajipan ibu bapa untuk kawal selia aktiviti anak-anak dengan tv dan apa jua gadjet yang mempunyai screen.

Walaupun kita tak nafi kadang-kadang dengan ‘merasuah’ anak-anak dengan tv atau gadjet boleh memberikan ibu bapa kesempatan untuk berehat,tetapi…

Tahukah anda aktiviti anak-anak melibatkan screen secara berlebihan dapat memberi kesan kepada masalah sikap dan kesihatan seperti seperti sukar tidur malam, kurang selera makan, obesity, kurang daya fokus dan masalah akademik mempunyai kaitan dengan aktiviti anak-anak .

ANTARA CARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH IBUBAPA UNTUK MENGHADKAN ‘SCREEN TIME’ ;

6a00d83452408569e20115703a7a19970cNO TV AT ALL

1. cara yang paling mudah, jangan ada tv langsung di rumah. Bila tiada tv, maka tiadalah keinginan untuk menonton tv. Thats it. Sama juga halnya dengan gadjet yang lain. Untuk mengelakkan anak kita ketagih dengan gadjet, simply no gadjet at home

schedule_clock-512

 

ADA TV DI RUMAH, TETAPI HADKAN SCREEN TIME

1. No TV & Gadjet dalam bilik anak-anak

Hal ini supaya mudah untuk anda mengawal screen time mereka. Bilik sepatutnya merupakan tempat untuk berehat dan jauh dari kebisingan, bukan tempat untuk menonton tv hingga lewat malam

2. Hadkan waktu untuk menonton tv.

Tetapkan peraturan screen time yang sepatutnya dan pastikan semua ahli rumah berdisiplin dalam mengikuti peratuan tersebut.

3. Pastikan anak-anak meminta izin sebelum menonton TV atau sebarang gadjet.

Ketahui rancangan apa yang mereka suka dan tontonilah bersama-sama. Ini bukan sahaja membolehkan anda untuk mengetahui bila dan apa yang sedang ditonton oleh anak-anak, tetapi boleh menjadi masa berkualiti bagi dirinya dan anda.

4. Jika tiada rancangan yang menarik untuk ditonton, just turned the tv off. Elektrik pun jimat.

5. Buat jadual menonton tv atau benarkan anak-anak menonton pada waktu-waktu tertentu.

Contohnya, berikan kebenaran menonton sewaktu anda memasak. Jika lama anda memasak, maka lama lah masa anak anda dapat menonton tv, dan sebaliknya

6. Jadikan screen time sebagai reward.

Contohnya, minta anak anda kemaskan bilik atau mencuci pakaian sebelum menonton. Hal ini secara tidak langsung akan membentuk sikap positif dan membiasakan mereka untuk membantu anda melakukan kerja rumah. Contoh lain, galakkan anak anda untuk membaca buku pengetahuan am beberapa muka surat atau melakukan aktiviti fizikal di luar terlebih dahulu sebelum mendapat screen time

7. Rakam rancangan kegemaran anak anda untuk ditonton pada masa yang lain, contohnya pada hujung minggu. Dengan cara ini, masa di waktu malam pada hari-hari lain boleh diluangkan untuk melakukan ulangkaji dan beraktiviti bersama keluarga

family-movie-night

PILIH RANCANGAN YANG BERKUALITI

1. Tidak semestinya tv tu kita punya, astro tu kita bayar, semua rancangan kita perlu tengok setiap hari. Sebagai ibubapa, kita perlu bertanggungjawab untuk mengawal jenis rancangan yang akan ditonton oleh anak-anak. Pilih rancangan yang sesuai dan boleh membantu dalam perkembangan dan proses pembesaran anak-anak, mengikut umur dan apa yang mereka pelajari. Contohnya rancangan seperti TV IQ, National Geographic, dan sebagainya

2. Tonton rancangan yang diadaptasi dari novel (bukan drama suami aku …, isteri aku … tu ye). Contohnya, minta anak anda baca novel “Charlie and the Chocolate Factory” terlebih dahulu. Jika telah selesai membaca, ajak mereka untuk menonton filem tersebut. Bandingkan cerita tersebut antara buku dan filem.
Dengan cara ini, anak-anak bukan sahaja dapat menonton rancangan yang menarik, tapi juga boleh membentuk diri mereka untuk berfikir dengan kritis, berani mengkritik (positif way) dan bertukar pendapat. Ibubapa pula boleh gunakan waktu ini untuk memberi nasihat atau berbincang tentang kesan sikap buruk dan baik melalui rancangan yang ditonton.

 

Walaubagaimanapun, agak sukar sebenarnya untuk kita mendapatkan screen time yang sempurna untuk anak-anak. Ada masa kita boleh kawal, ada juga waktu kadang-kadang mereka mendapat screen time lebih daripada yang sepatutnya.

Apa yang penting, ibubapa perlu sedar tentang kesan screen time yang berlebihan dan sentiasa berusaha mencari idea untuk memberikan screen time yang berkualiti untuk anak-anak.

– Che Siti – (https://www.facebook.com/thechildhood1/)


sumber:
1. http://thehumbledhomemaker.com/2015/06/how-to-set-screen-time-boundaries-with-your-children
2. https://www.smartmoments.com.my/ms/articles/learn/behavior/managing-screen-time

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *