‘PRESENT TIME’ –> penyelesaian untuk ibubapa yang super sibuk

Anda ibubapa yang sibuk?

Anak terlalu clingy?

Anak selalu cranky?

 

Tidak kisahlah anda bekerja atau stay-at-home-parent,

kesibukan di rumah dan di tempat kerja memang tidak dapat dielakkan

(siapa kata surirumah tak sibuk?)

Tetapi bagaimana kita nak luangkan masa berkualiti dengan anak
supaya jiwa mereka penuh dengan kasih sayang dan
mereka tidak rasa terabai atau kurang perhatian

rahsianya adalah ——-> CONNECTION

bukan internet connection, tapi soul connection

present-time-ibubapa-sibuk

Berdasarkan kajian dan pengalaman,
anak-anak yang mempunyai hubungan yang baik dengan ibubapa mempunyai sikap yang baik, lebih bertoleransi dan membesar menjadi seorang yang lebih positif

Bagaimana membuatkan anak anda rasa terhubung @ ‘connected’?
… adalah dengan ‘Present Time’

Apa itu ‘Present Time’?

1. meluangkan waktu yang spesifik untuk anak-anak anda
2. memberikan sepenuh perhatian kepada mereka
3. biarkan anak anda membuat keputusan apa aktiviti yang mereka ingin lakukan bersama anda
4. ibubapa ikut bersama-sama dengan penuh tumpuan, keseronokan dan bersungguh-sungguh

SEPENUH perhatian bermaksud SEPENUHNYA,
tanpa gangguan daripada perkara lain seperti tv, handphone, kain baju, pinggan mangkuk dan yang seumpama dengannya

‘Present Time’ juga bukan masanya untuk anda mengajar anak anda membaca, mengira, menulis, mewarna, memperkenalkan perkataan-perkataan baru dan sebagainya

just enjoy the game yang di conduct oleh anak anda!

Seawal anak umur berapa boleh lakukan ‘Present Time’?

sejak lahir sampai besar (:

Lakukan aktiviti yang sesuai dengan umur anak anda.
Ketika anak masih bayi, mungkin dia belum mampu untuk conduct aktiviti sendiri.
Jadi kita ibubapa, lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anak anda senyum dan ketawa,
contoh main agah-agah, ‘peek-a-boo’, menari, menyanyi sambil tepuk tangan, geletek dan lain-lain

Apa yang anak anda dapat melalui ‘Present Time’ ?

1. 4 keperluan utama mereka tercapai – ‘deep connection’, hak untuk memilih, kuasa dan ‘healing’ dari waktu-waktu yang mereka tidak dapat perhatian dari anda

2. tantrum @ cranky akan berkurang – anak-anak akan lebih mudah untuk memberikan kerjasama dalam urusan harian lain seperti ketika di meja makan, dalam kereta, ketika hendak kesekolah, ketika hendak tidur, lebih mudah untuk berkongsi masalah dan memberitahu tentang perasaan mereka

Apa pula yang anda (ibubapa) dapat melalui ‘Present Time’ ?

1. merasakan hubungan yang lebih kuat, rapat dan berkualiti dengan anak-anak
2. memahami konsep ‘kuasa sebagai ibubapa’ yang sebenar – bukan sekadar membuat peraturan dan memaksa anak berdisiplin, tetapi mampu mengubah sikap anak-anak dengan cara memberikan mereka ‘Present Time’

“Tapi saya tidak bekerja. Saya memang ada dengan anak je sepanjang hari”

“Tapi saya dah luangkan banyak masa dengan anak saya setiap hari”

Walaupuan anda selalu berada bersama anak anda sepanjang hari, tetap tidak sama dengan kualiti ketika melakukan ‘Present Time’

Contoh;
bersama dengan anak sepanjang masa, tetapi sambil scroll facebook, sambil masak, sambil lipat kain, sambil tengok tv, sambil sambil sambil

vs

bersama dengan anak 5 minit, FOKUS, BETUL-BETUL ENJOY THE GAMES
tanpa sambil-sambil
lepas tu baru biar anak eksplore aktiviti mereka sendiri
dan anda boleh selesaikan kerja-kerja yang lain

yang mana anak anda lebih suka?

boleh cuba dan tanya anak anda sendiri (:

5 langkah untuk melakukan ‘Present Time’

1. Sediakan waktu yang spesifik untuk anak anda. Tandakan didalam kalendar anda. Jadikan ianya sebahagian daripada perancangan harian atau mingguan anda. Beritahu anak anda kenapa anda menyediakan ‘Present Time’ ini untuk mereka

2. Gunakan timer– 5minit, 10minit, 20minit dan seterusnya. walaupun kelihatan agak formal dan tidak semulajadi, tetapi timer amat penting supaya anda lebih fokus dan tidak terganggu dengan perkara lain. Saya cadangkan, untuk permulaan, anda lakukan ‘Present Time’ dengan waktu yang pendek, contohnya luangkan masa selama 5 minit. Kemudian tambah tempoh masa secara berperingkat diwaktu lain

3. Tutup tv, radio dan jauhkan segala bentuk gadjet yang boleh mengganggu aktiviti anda bersama anak anda. Handphone hanya digunakan untuk set masa

5 minit? kejapnye. sempat ke beraktiviti dengan anak?
5 minit tanpa gadjet dan tv, anda akan rasa lama. cubalah!

4. Berikan tumpuan dan sepenuh perhatian kepada anak anda. Buat apa sahaja yang diminta. Hargai dan ambil bahagian dengan bersungguh-sungguh dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Sebaiknya lakukan aktiviti yang hanya melibatkan anda dengan anak anda, contoh seperti peak-a-boo, kejar-kejar, bercerita, melompat, berlari. Tetapi jika anak anda ajak anda main toys, main masak-masak, bina sand castle, just enjoy! Di waktu lain, boleh pelbagaikan aktiviti semasa ‘Present Time’. Mungkin boleh melakukan aktivti outdoor pula

5. Be silly and have fun with your kids!

present-time-budakecik

Apabila waktu telah cukup, tamatkan aktiviti secara perlahan-lahan. Beritahu mereka, cukup untuk hari ini kerana anda ada tugas lain yang perlu diselesaikan, dan berjanji akan bermain bersama mereka kembali pada waktu yang lain (penting: tunaikan janji supaya anak anda percaya dengan anda)

Jika anak anda belum bersedia untuk mengakhiri aktivti, jangan marah atau nampak stress. Teruskan tersenyum dan berikan lagi sedikit masa , dalam 1 atau 2 minit lagi. Tunjukkan rasa empati. Perlahan-lahan cuba tamatkan aktiviti dengan baik.

Untuk pertama kali mungkin agak susah untuk menamatkan aktiviti kerana anak anda bimbang tidak lagi dapat waktu seperti itu selepas ini. Mungkin anak-anak akan mula melakukan perkara-perkara yang akan membuatkan anda marah.

Disini peranan anda sebagai ibubapa amat penting. Tenangkan diri, jangan mudah untuk terus marah. Tarik nafas dan senyum. peluk anak anda, cakap elok-elok dan beritahu mereka akan ada lagi ‘Present Time’ untuk mereka selepas ini

Penting untuk tidak mengakhiri aktiviti ini dengan perasaan yang negatif seperi marah, stress dan sebagainya
kalau tak, tak jadi la objektif ‘Present Time’ ni (:

tips tambahan: jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, susunkan masa anda untuk mereka dengan baik. mungkin boleh khaskan satu masa untuk seorang anak atau buat aktivti dengan semua anak dalam satu masa, tetapi pastikan mereka mendapat peluang yang sama dengan anda. Yang penting , konsepnya masih sama, iaitu ‘Present Time’

Semoga tips ini boleh membantu anda yang masih tercari-cari ruang dan cara untuk mengeratkan hubungan dengan anak-anak anda!

present-time-luangkan-masa-dengan-anak

– Che Siti – (https://www.facebook.com/thechildhood1/)

sumber:
http://www.marionrose.net/present-time-is-magic-time/
http://www.sleepchambaby.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *