ANAK-ANAK MEMBERONTAK, PERLUKAH AMBIL PERHATIAN? baca 3 tips penting ini

Setiap hari , kita sebagai ibubapa tidak dapat lari daripada konflik dalam memahami emosi anak-anak.

Sebagai contoh, anak-anak biasanya akan ‘meragam’ ketika;
– waktu nak pergi sekolah
– waktu nak hantar ke babysitter
– waktu nak makan
– waktu membawa mereka membeli-belah

Kita merasakan anak-anak ini menangis, merengek, cranky tanpa sebab.

Kemudian kita akan cakap, “mak/ayah tak fahamlah dengan kamu ni!”

Sedangkan ada perasaan tidak selesa yang mereka ingin sampaikan tetapi mereka tidak tahu bagaimana nak ungkapkan perkara tersebut.

Bila ibubapa marah, anak-anak akan diam. “ Haa… dengar pun cakap”. Betul ke anak kita dengar cakap kita?
Kita sangka kita dah berjaya kendalikan emosi mereka dengan baik sekali.

Tetapi hakikatnya mereka hanya memendam perasaan itu. Lama kelamaan, apabila perasaan mereka itu makin tidak tertahan, jadilah perkara yang kita selalu panggil ‘memberontak’

Reasons-behind-kids-cranky-Netmarkers

Sebenarnya, anak-anak akan mudah untuk berkelakuan baik jika mereka merasa baik dari segi fizikal, mental dan emosi.
Apa yang ibubapa boleh lakukan untuk memastikan ketiga-tiga elemen ini berada dalam keadaan baik?

Iaitu dengan memahami anak-anak ini secara keseluruhan, khususnya emosi mereka.

Kadang kala kita tidak berjaya memahami dan menerima perasaan anak-anak dengan baik dan tepat.
Apa yang berlaku perasaan dan emosi anak-anak kita sering dinafikan.

Hal ini mungkin kerana;
– ibubapa benar-benar tidak memahami
atau
– ibubapa ‘malas’ untuk melayan emosi anak-anak ini

Antara situasi yang sering berlaku, apabila anak kita mengadu sesuatu perasaan seperti takut, malu atau apa-apa situasi kepada kita, tanpa berfikir panjang kita terus menyuruh anak membuang perasaan itu, dan hasinya situasi tidak menjadi lebih baik, malah keadaan hanya menjadi lebih teruk.

contoh situasi;
Anak: Ibu, saya letih. Saya tak mahu ikut
Ibu: Aik, takkan letih? Dah tidur lama tadi
Anak: Tapi saya masih letih
Ibu: Jangan nak mengada. Dah, bangun dan pergi bersiap cepat
Anak: Tak nak ikut! (Cranky, marah dan memberontak)

Penafian perasaan seperti ini sangat tidak bagus dalam proses pembesaran anak-anak.

Hal ini kerana, perlunya rasa untuk dihargai dan diterima merupakan salah satu elemen penting untuk anak-anak membina keyakinan diri dan mencapai ‘self actualisation’ dalam diri mereka (seperti yang diceritakan dalam artikel sebelum ini — > https://www.facebook.com/thechildhood1/posts/613815725480661:0).

Sebagai orang dewasa yang boleh mengawal perasaan pun, kadang-kadang kita mahu didengar dan difahami, apatah lagi kanak-kanak yang sangat kurang pengalaman dan kemahiran dalam mengawal emosi.

Penafian perasaan secara berterusan akan ;

– Membuatkan anak-anak keliru dengan perasaan mereka sendiri dan akan memberontak

– Mengajar anak-anak untuk tidak meraikan perasaan sendiri, iaitu jangan percaya dengan apa yang mereka rasa

little boy big problem - five years old boy isolated on white

Keadaan seperti ini akan menyebabkan kurangnya rasa empati dalam diri mereka sendiri. Mereka akan sukar untuk memahami dan menerima perasaan orang lain apabila mereka dewasa nanti.

Mereka juga akan menjadi ibubapa yang suka menafikan perasaan anak mereka dan lebih menyedihkan, kitaran ini akan berulang dan berulang sehingga ke generasi seterusnya.

Penafian perasaan seperti ini biasanya berlaku secara automatik kerana kebanyakan dari kita juga dibesarkan dengan keadaan perasaan yang dinafikan,.
Hal ini seolah-olah telah menjadi budaya dalam masyarakat kita.

Jadi, untuk menjadikan kita mahir dalam menerima perasaan dan emosi anak-anak, ibubapa perlu sentiasa belajar cara menerima perasaan anak-anak dan berusaha untuk mempraktikkannya.

Supaya bahasa empati itu lebih mudah untuk lahir dalam jiwa kita secara semulajadi dan anak-anak juga dapat merasakan keihklasan ibubapa dalam usaha untuk memahami dan membantu mengendalikan perasaan mereka.

Antara teknik yang boleh diaplikasikan oleh ibubapa dalam memahami perasaan anak-anak;

1. Mendengar dengan sepenuh perhatian

– Rendahkan badan supaya wajah kita setara dengan wajah anak
– Pastikan badan kita menghadap kepada wajah anak, bukan memandang anak dari tepi, dari belakang dan sebagainya
– Pastikan ada ‘eye contact’ dengan anak, bukan mendengar perasaan mereka sambil menonton tv, sambil melihat telefon bimbit atau sambil membaca akhbar

iStock mom talking with daughter

2. Raikan perasaan mereka dengan respon dan perkataan yang sepatutnya

– Dengar dengan penuh perhatian dan respon dengan perkataan seperti ‘ohh’, ’emmm’, ‘ya kah’, ‘begitu’ dan sebagainya
– Perkataan seperti ini, digabungkan dengan sikap mengambil berat lebih membuatkan anak lebih bijak untuk meneroka fikiran dan perasaan mereka
– Elakkan kata-kata seperti dipersoalkan, dipersalahkan kerana kata-kata seperti ini akan membuatkan anak-anak rasa terbeban kerana perlu untuk menyediakan hujah dan justifikasi bagi memberla diri dan perbuatan mereka itu
– Elakkan memberikan kata-kata nasihat pada waktu anak meluahkan perasaan. hanya dengar dengan penuh empati. kadangkala simpati tanpa kata-kata nasihat itu yang diperlukan oleh anak pada ketika itu
– Kata-kata nasihat dan teguran boleh diberikan pada waktu lain dalam keadaan yang lebih tenang

80356940

3. namakan perasaan mereka itu

– Ibubapa jarang untuk menamakan perasaan yang sedang dilalui oleh anak , seperti contoh ‘kamu sedang marah ni’, ‘kamu sedang bersedih ni’, ‘kamu tidak sukakan dia?’, ‘oh, ia pasti mengecewakan’, dan sebagainya
– Kerana ibubapa bimbang dengan meraikan persaan itu , mereka akan memburukkan lagi keadaan
– Hakikatnya, anak-anak akan berasa lebih tenang apabila mendengar perkataan yang sama seperi apa yang mereka sedang alami
– Mereka merasakan ada orang yang benar-benar memahami perasaan mereka

Mother kissing daughter outdoors

Namun, perkataan-perkataan yang kita gunakan perlu lah disertai dengan perasaan simpati dan belas kasihan yang hadir secara semulajadi. Jika tidak, anak-anak akan menganggap kita hanya berpura-pura sahaja.

Selain itu, penting juga untuk ibubapa melatih perbendaharaan kata kepada anak supaya lebih mudah bagi mereka untuk memahami dan meluahkan perasaan mereka.

Apabila kita mula meraikan perasaan anak dengan baik, kita sebenarnya telah pun melayan anak kita dengan baik. Kita membantu anak kita dalam memahami perasaan sendiri.

Apabila anak sudah jelas dengan realiti sebenar perasaan tersebut, mudah untuk mereka menangani dan menghadapi perasaan itu dengan cara yang betul pada masa akan datang. Ibubapa juga akan lebih disayangi dan dihormati oleh anak-anak.

Persoalannya, adakah kita perlu untuk sentiasa meraikan dan bersetuju dengan emosi anak walaupun ia perkara yang salah?

Kita akan kupas isu ini dalam artikel seterusnya nanti.

– Che Siti – (https://www.facebook.com/thechildhood1/)

sumber:
-Buku How to talk so kids will listen & Listen so kids will talk, by Adelene Faber & Elaine Mazlish.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *