10 PRINSIP ASAS TENTANG KANAK-KANAK

Sebelum mempraktiskan sebarang bentuk teknik untuk perkembangan atau pendidikan kepada kanak-kanak, ibubapa dan guru perlu mengetahui tentang 10 prinsip asas mengenai kanak-kanak.

Prinsip asas ini akan dapat membantu anda untuk lebih memahami dunia kanak-kanak.

kidsplaying

Berikut merupakan 10 prinsip asas tentang kanak-kanak yang perlu diketahui:

1. Kanak-kanak bukanlah orang dewasa yang bertubuh kecil. Cara mereka berfikir dan bertindak adalah berbeza dengan cara orang dewasa berfikir dan bertindak.2. Kanak-kanak adalah manusia yang mempunyai emosi mendalam dan pemikiran yang kompleks.

3. Kanak-kanak adalah unik dan perlu dihormati kerana mereka mempunyai personaliti dan kehendak yang tersendiri.

4. Kanak-kanak juga mempunyai daya tahan yang tinggi dan berupaya untuk menghadapi kesukaran melebihi jangkaan orang dewasa.

5. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi terhadap pembesaran dan kematangan diri.

6. Kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk membawa diri ke arah yang positif.

7. Bermain adalah bahasa semulajadi kanak-kanak kerana bermain merupakan medium yang paling selamat dan selesa untuk kanak-kanak meluahkan perasaan mereka.

8. Kanak-kanak mempunyai hak untuk tidak berkata-kata kerana kebanyakan perkara diproses dan diluahkan secara bukan lisan.

9. Kanak-kanak akan membawa pengalaman yang teraputik atau bermakna ke arah yang mereka inginkan

10. Pertumbuhan kanak-kanak tidak boleh dipercepatkan dan tidak boleh ditentukan oleh orang dewasa

 

– Che Siti – (https://www.facebook.com/thechildhood1/)

sumber

1. www.openlearning.com/cour…/play-therapy/siapakah_kanak_kanak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *